Assalamualaikum WBT. Apa khabar?
Kebelakangan ni banyak lah sangat dengar tentang kes samun, rompak dan kes ragut. Mencuri satu hal jugak, tapi kebanyakan mencuri tak mendatangkan mudarat fizikal. Selalu yang mendatang kan mudarat ni apabila seseorang itu dirompak atau diragut. Saya tahu "for a fact" yang ramai dari kita ni tak suka dengar berita yang sebegini. Tapi nak buat camner. memang hari hari ade jer kes gini. Manusia macam dah tak takut nak buat salah. Ape sebenarnya yang mendorong mereke ni merompak dan meragut sebenarnya? Adeh Jahanam Betul!!
Ehh.. Marah lak aku pikir sebab menda nih. Tapi pasal marah lah aku nak tulis menda nih. Sebelum kita nak membenteras sesuatu, kita perlu faham "root cause" dia kat mane. Meh kita lihat root cause - root cause itu. Ni suma pendapat saya, yg taklah berilmu mane pung:
1) Dadah:
Perkara pertama yang mendorong mereka ini merompak adalah dadah. "Jangan isap dada". Kan dah cakap! Bila ketagihan dah melanda, ape pon boleh jadi. Anak leh pancung ayah, ayah leh tikam ibu, Anak leh pukul nenek dan datuk sebagainya untuk mendapatkan duit. Mereka sanggup lakukan kekejaman kepada keluarga sendiri untuk mendapatkan duit membeli dadah. Tu keluarga sendiri, kalo orang yang tak dikenali lagi lah mereka ni tak kisah. Adeh... Sape yang rugi? Mereka dan keluarga mereka!!! <---- memang betul lah kan.
2) Di Belenggu Beban Hutang:
Berat boh!! Berat boh!! Hutang sekarang mcm tahi! Kereta dan rumah adalah keperluan! Pada saya kalau berhutang dgn bank untuk membeli kereta dan rumah tak mengapa. Sekarang ni manusia dah confuse antara keperluan dan keinginan. Walaupon handphone tu sekarang adalah keperluan, tapi tak yah lah nak beli handphone yang mahal gabak. Sampai sanggup buat hutang. Bila border antara keperluan dan keiginan dah takde itu yg buat byk jadi hutang tuh.Hutang dengan bank satu cerita, hutang dengan Ahlong satu cerita lagi. Nak tak nak kena jugak carik duit nak bayar balik!! Ape lagi, fast money lah!! MLM???!!!! Eh bukan!!!!!! Rompak/Samun/Ragut Lah!!
Harga barang Naik pon sebab yang penting gak!!!!!!!!!!! Jahanam!!!!! Sekarang ramai orang buat hutang sebab tak cukup untuk menyara hidup. Bukan semua orang berhutang sebab benda yang tak baik. Kerajaan should take a look into this very deeply and seriously. Kalo tak kita "TUKAR"!!
3) Menggangur/Takde Kerja:
Pengnganguran atau takde kerja. Kalo takde kerja lepas habis diploma/degree tu takpe. Tu biasa. Kena sabar. Jangan memilih sangat. Amik peluang yang ade dulu. Kepada yang takde peluang nak further studies pon takpe. Ade peluang kepada semua orang untuk mendapatkan kerja sebenarnya. Tapi kita "manusia" ni terlalu memilih pekerjaan. Suma nak cepat kaya, susah lah gini. Saya kenal ramai kawan yang takde certificate tapi sekarang sudah berjaya. Tapi ape yg penting? Sabar!! Mereka yang takde kerja dan nak duit cepat ni yang kadang-kadang mencari jalan keluar yang paling pintas..... Merompak/Menyamun/Meragut!!
4) Tiada Didikan Agama Dan Moral Yang Cukup
Kalau semua orang di dunia ni takut pada Allah S.W.T dan non-Muslim, takut kepada Tuhan masing masing. Saya rasa takde kes curi, rompak, ragut. A matter of fact, kes jenayah di dunia ni akan berkurangan, bukan habis terus, tapi kurang daripada sekarang. Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka di sini. Bapak/Mak tak baik, cam mane anak nak baik. Commercial di bawah ni menggambarkan kuatnya influence ibu bapa terhadap anak-anak.
5) Tak takut pada undang undang:
Ade juga saya rasa yang buat perkara yang tak elok ini kerana mereka tidak takut kepada undang-undang. Mane leh kena tangkap, buat cepat cepat lari lah! Tapi kalo kes rompak, polis leh tembak on the spot. Kalau rompak bank lagi lah!! doom doom doom tebabow!! Ah kan dah kena tembak!! Hukum hudud lah!! Sebenarnya banyak kebaikannya!! Pernah tengok securiforce nak amik duit dari bank?? Kat sini habis dengan shot gun and sub-machine gun. Kalo tengok kat tempat yang melaksanakan Hukum Hudud relek jer pegang tasbih. Kita sebenarnya tak paham tentang hukum hudud. For non-Muslim, not to worry you won't be trialed under this. Unless specified otherwise. Tetapi!! Sebelum melaksanakan sesuatu, perlu ade kajian yang betul-betul terperinci dan mendalam untuk melaksanakan Hukum Allah ini. Pakar-pakar Agama, Ulamak, pakar undang-undang dan ahli politik dan kerajaan perlu duduk bersama dan membincangkan hal ini. Ni tak. Asik-Asik duit.. Asik- Asik duit!! Where are your priorities man!!
That's all for now folks. Rasanya ade lagi. tapi nak share 5 jer. Cukuplah buat masa nih. Kepada semua, family, sahabat handai, kenalan dan semua rakyat Malaysia, Berhati-hati dan selamatlah selalu!! :)
2 comments:
setuju jgk dgn pendapat awak.. :) :)
ada x faktor laen buat orang dulu2 yang suka menyamun padi? saya sedang membuat projek sejarah pt3 jadi kalo boleh tolong sya carikan faktornya
Post a Comment