Kalau
korang seorang wanita dan rumah korang dicereboh, lalu muncul seorang
lelaki mahu merogol korang, apa korang akan buat? Adakah korang akan
mempertahankan diri atau membiarkan saja si-lelaki jahanam itu meratah
diri korang sesuka hatinya? Kebanyakan wanita pasti akan melawan,
biarpun nyawa menjadi taruhan tapi menyerah mahkota kesucian mereka
tidak sekali!!
Dan
di Ipoh semalam kes seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang
lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila
wanita yang menjadi mangsa rogol itu telah dihukum penjara kerana
tindakannya melawan perogol tersebut telah menyebabkan kematian perogol
berkenaan. Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah
Tinggi Ipoh semalam telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun
ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas dia
mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba
memperkosanya pada tahun lepas.
Hakim
Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani
hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M.
Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di
antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.
Mengikut
fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu
tiada di rumah. Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam
itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan
serbuk cili ke mata perogol itu. Dalam keadaan matanya yang pedih,
perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita
tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki
yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di
dalam rumahnya.
Hakim
Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi
sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam
terhadap perogol tersebut.
Hakim
kata Kalaichelvi telah melakukan "pembunuhan kejam", tapi pada
pandangan korang perbuatan merogol orang itu tak kejamkah? Jika korang
menjadi wanita itu, adakah korang akan menyerah diri kepada perogol itu
tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti
yang dilakukan oleh Kalaichelvi?
Jika
Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya diperkosa dan lepas itu pergi ke
balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan dihukum penjara dua
tahun. Perogol itu mungkin akan dipenjara dan lepas keluar penjara dia
akan mencari Kalaichelvi untuk merogolnya sekali lagi atau mungkin akan
pergi mencari wanita lain, termasuk kakitangan Mahkamah untuk merogol
mereka pula. Atau jika tak bernasib baik mungkin selepas merogolnya,
perogol itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti!!
Jika
JR adalah wanita itu, JR juga akan bertindak sepertinya. JR lebih rela
mempertaruhkan nyawa dari menggadai maruah!! JR sekali-sekali tak akan
meminta belas kasihan perogol itu sambil berkata, "Kalau kau nak rogol akupun rogollah, aku tak kisah!!"
http://mycuteshoppe.blogspot.com/2011/06/kalau-nak-rogol-aku-pun-rogollah-aku.html
Ape nak jadi dengan undang-undang negara sekarang? Saya mungkin bercakap dari satu perspektif saje. Tapi kalau kita berada di dalam keadaan bahaya, kita akan membuat ape saje untuk mempertahankan diri. Kalau mempertahankan diri pon dipenjara kan. Lagi baik buat bodoh jer.
Pada pendapat saya, mahkamah telah bertindak secara bodoh dan tidak berasas dalam membicarakan hal ini. Kalau anak ko kena mcm ni ape ko nak cakap?
3 comments:
Kalau dia kena rogol, lepas tu di bunuh, itu kira camne, kejam ke tak?
Hakim tu mengong, kalu kena kat anak-bini dia camne? Nak suruh ank-bini dia tala je, x yah fight serah diri je.
Itu lah tu. Mmg pelik betul sekarang ni. Tak leh nak cakap ape. Yg baik jadi jahat, yg jahat jadi baik. adeh..
Post a Comment